1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan
pemikiran dan
rohaniah manusia.
2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik,
bekalan
makanan berterusan, kemajuan pertanian
dan penternakan, menyimpan makanan dan
mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi
pengairan dan lebihan makanan yang
menampung
pertambahan penduduk.
3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial,
ekonomi dan
politik. Hidup mereka
stabil dan makmur, bermula dengan sistem
keluarga kemudian
menjadi kompleks kerana
penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai.
Sistem sosial
berbentuk piramid, bangsawan
diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti
ahli agama, ketua keluarga/kelompok,
pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua),
rakyat biasa
seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba
(bawah sekali).
4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan
pentadbiran.
Ketua menggunakan unsur magis
dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta
untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan
kestabilan
politik. Barang terhasil kerana
kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku
system barter, kemudian berlaku perdagangan,
pertukaran ilmu pengetahuan,
teknologi, budaya
dan hubungan dengan tamadun luar.
6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan
kepercayaan
Animisme. Mereka percaya kuasa
ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka
menyembah pokok dan matahari. Kemudian
mereka beragama, bermula dengan
menyembah
lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti
heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan
bahasa dan tulisan ialah
memperkembangkan
ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran,
keagamaan, idea
dan pemikiran.