Friday 31 May 2013

Pengenalan


~  Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih 
      belum mengenali sistem tulisan.

~  Kajian terhadapnya dijalankan oleh ahli arkeologi 
      iaitu  satu kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak
      dan feature secara sistematik melalui proses gali cari.

~ Terdapat empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah.
     . Zaman Paleolitik 
     . Zaman Mesolitik
     . Zaman Neolitik
     . Zaman Logam (Zaman Gangsa dan Besi)

Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik
a) hidup secara nomad, iaitu berpindah randah
b) tinggal di tepi tasik, tepi sungai atau di dalam gua.
c) hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
d) menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu 
       binatang dan menangkap ikan.
e) alat-alat batu mengutamakan fungsi daripada nilai estetika
       atau seni.


kapak batu Zaman Paleolitik
Zaman Neolitik
a) hidup menetap dalam kelompok yang besar.
b) menyara diri dengan bercucuk tanam dan menternak
        binatang.
c) penciptaan alat batu yang telah dilicinkan, mempunyai 
       pelbagai fungsi dan juga bahan tembikar.
d) kehidupan bermasyarakat mewujudkan pembahagian 
        tugas atau pengkhususan kerja.
e) kehidupan  menetap dan keupayaan menghasilkan bahan 
       makanan  melebihi keperluan telah melahirkan sistem 
       pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter.
#   Selain sistem barter, pertukaran barang dagangan juga
       melibatkan  cangkerang siput gerus atau cowrie sebagai
        nilai dagangan.


cangkerang siput gerus atau cowrie ini diikat antara
satu sama lain sehingga berbentuk seperti rantai
supaya mudah dibawa ke mana-mana.


Zaman Logam
a) kejayaan mencipta dan menghasilkan bahan daripada logam
       telah melahirkan Zaman Logam
b) berjaya mereka cipta perahu dan rumah.
c) dengan perahu mereka dapat menerokai lautan dan 
        meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
d) perdagangan ini bermula di kalangan masyarakat pesisir di 
        kawasan yang berdekatan dan kemudian berkembang ke 
        masyarakat yang jauh.
e) di sesetengah kawasan telah muncul petempatan besar dan kota
       pertahanan yang kemudiannya berkembang menjadi bandar
       atau kota.
#   Contohnya 2 buah bandar purba iaitu Jericho di Jordan dan 
       Catal Huyuk di Turki.
      ( manusia telah tahu cara mengebumikan mayat dengan iringan
          bekal kubur seperti tembikar makanan, alatan besi.)


No comments:

Post a Comment