Friday, 31 May 2013

Ciri-ciri tamadun


1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan 
    pemikiran dan rohaniah manusia.

2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, 
    bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian 
    dan penternakan, menyimpan makanan dan 
    mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi 
    pengairan dan lebihan makanan yang menampung 
    pertambahan penduduk.

3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, 
    ekonomi dan politik. Hidup mereka
    stabil dan makmur, bermula dengan sistem   
    keluarga kemudian menjadi kompleks kerana 
    penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. 
    Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan 
   diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti 
   ahli agama, ketua keluarga/kelompok, 
   pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa 
   seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba 
   (bawah sekali).

4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan 
    pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis 
    dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta 
    untuk keamanan dan kemakmuran.

5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan 
    kestabilan politik. Barang terhasil kerana 
    kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku 
    system barter, kemudian berlaku perdagangan, 
    pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya 
    dan hubungan dengan tamadun luar.

6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan 
    kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa 
    ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka 
    menyembah pokok dan matahari. Kemudian 
    mereka beragama, bermula dengan menyembah 
    lebih dari satu tuhan (politeisme).

7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti 
    heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan 
    bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan 
    ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, 
    keagamaan, idea dan pemikiran.


No comments:

Post a Comment