Wednesday 5 June 2013

Tamadun Mesopotamia


(a) Di manakah lokasi tamadun Mesopotamia?
1. Tamadun paling awal.
2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna 
    tanah di antara dua sungai.
3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang 
    mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq 
    hingga ke Teluk Parsi.
4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, 
    dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Parsi 
    di selatan.

b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku?
1. Bermula daripada zaman Neolitik.
2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur,   
    Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan 
    orang Mesopotamia.

(c) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar 
    Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ 
    membina petempatan, bertani dan membina 
    pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan 
    dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar 
    seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di 
    sepanjang sungai dan terusan.

d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia.

1. Negara Kota :
 Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, 
   tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
 Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu 
   gerbang.
 Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah 
   ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
• Pusat kota – ialah rumah ibadat.
• Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
 Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan 
    negara kota.

2. Organisasi sosial :
 Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
 Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , 
   ketua tentera , dan bangsawan .
 Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti 
   petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan 
   perang ) .

3. Ilmu pengetahuan :
Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan 
  ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu 
  matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan 
  bahagi .
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan 
  jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan system solar (12 
  bulan satu tahun ).
Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera 
  menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan 
  dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan 
  cara mengubatinya telah dicatatkan .

4. Pengangkutan :
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan 
  ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air 
  untuk pertanian dan mengawal banjir .
Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan 
  mereka dengan wilayah di India dan Laut 
  Mediterranean .

5. Seni bina :
 Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
• Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes 
 Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .

6. Empayar pertama dunia :
Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar 
  pertama dunia )yang menyatukan wilayah –
  wilayah kerajaan Sumeria .
Beliau juga membentuk masyarakat berestika .

7. Perpustakaan diraja :
Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .

No comments:

Post a Comment