Sunday 9 June 2013

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho

Lokasi 

-terletak di Lembah Sungai Hwang Ho/ Sungai Kuning
-Hwang Ho : sungai kedua terpanjang di China(5654 km)
                   : terletak di bahagian utara negara China
                   : megalir dr kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur
-jauh dari tamadun lain
-ciri fizikal bergunung-ganang & berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat

Kerangka Masa

-kemunculan tamadun dapat dikesan drpd jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M. (membukti adanya kehidupan zaman Paleolitik)
-Zaman Neolitik wujud sekitar 5000 S.M. (muncul aktiviti pertanian & penternakan)
-Dinasti beraja pertama : Dinasti Hsia (2205-1766 S.M. ) -belum ada bukti sejarah mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia 
 -Dinasti Shang (1766-1050 S.M.) dibukti wujud melalui jumpaan arkeologi
-pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang, muncul kebangkitan hamba (krn kezaliman pemerintahan Raja Shang) lalu memberi peluang kpd suku Chou (mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat) dan menjadi Dinasti Chou (1050-256 S.M. )

* D.Hsia ---> D.Shang ---> D.Chou

Proses Pembentukan

-keadaan subur kawasan sekitar Hwang Ho menarik penduduk nomad hidup menetap & membina petempatan awal
-mereka bertani, mengumpul hasil hutan, menternak binatang, dan berburu
-Tapak Bampo yang berdekatan dengan bandar Sian moden : petempatan awal penduduk Hwang Ho
-Bandar Hwang Ho- Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang)
- pembentukan Dinasti Shang banyak membawa kemajuan ( usaha dalam perluasan wilayah &penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho)
-Semasa Dinasti Chou, tamadun Hwang Ho tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

Ciri-Ciri

1) Negara kota

-Anyang : terletak di kawasan tanah tinggi di Sg. Huan
              : terdapat istana, kuil, & pusat pentadbiran
              : merupakan tempat kediaman raja (ketua pemeintah), golongan pembesar, & golongan
                agama
              : dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
              : dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani

2) Organisasi Sosial

-Raja &pembesar memduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
-golongan petani- membentuk sebahagian besar penduduk
                         - mendiami kawasan di luar bandar
-golongan artisan- wujud sebahagian besarnya [sebab : kemahiran yg muncul dalam Dinasti Shang -penguasaan dalam teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai & hiasan pd kereta kuda (tentera), & peralatan utk upacara keagamaan]
-golongan pembesar -mampu memilik tentera dan senjata gangsa sahaja
                                -dapat menundukkan golongan bawahan
-golongan hamba-golongan paling bawah

3) Pengkhususan Pekerjaan

-golongan pembesar mempunyai tentera
-dua kumpulan tentera : tentera menggunakan kereta kuda
                                   : tentera berjalan kaki
-golongan petani - tonggak ekonomi & pentadbiran 
                          - berperanan memenuhi keperluan golongan teratas
-golongan artisan- mereka cipta pelbagai barangan tembaga (bekas minunman & makanan, senjata, barangan tembikar)
-golongan hamba- sebagai tentera paksaan 
                          - membantu kerja-kerja perburuhan
                          - tujuan korban dalam upacara pemyembahan

4) Sistem Pemerintahan

Dinasti Shang
-berbentuk pemerintahan beraja & pengganti raja dilantik drpd kalangan saudara lelaki yg lebih muda /anak lelaki raja
-Raja -mempunyai kewibawaan politik, ekonomji, sosial & agama
          -berkuasa langsung di pusat pentadbiran
          -dibantu oleh golongan bangsawan & pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran
-Kuasa raja dipercayai merupakan mandat drpd Tuhan & tidak memerlukan pengesahan politik ( raja adalah drpd keturunan pemerintah agama)
-Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan & rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan direstui Tuhan
-Jika sebaliknya berlaku, maka mandat akan hilang
-golongan bangsawan -membantu dalam pentadbiran wilayah di luar pusat pentadbiran
                                  -berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal (pungutan
 cukai pertahanan & undang-undang)

Dinasti Chou
-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini
-Pembesar wilayah diikat oleh ikar taat setia & memberikan hadiah (kereta kuda, senjata gangsa, hamba & binatang) kpd pemerintah Chou
-pembesar diminta melindungi raja & memberikan bantuan tentera pada masa perang & diberikan hak utk bertindak sebagai ketua agama (menjalankan upacara pengorbanan)

5) Agama dan kepercayaan

-animisme & politeisme
-masyarakat Shang menyembah - roh nenek moyang
                                                 - Tuhan syurga (Shang-ti) 
                                                 - Tuhan bumi (Tu)
                                                 - penyembahan sungai, bukit & gunung
-upacara pemyembahan melibatkan permainan muzik, tarian & upacara korban
-upacara diketuai oleh golongan bomoh
-Tulang binatang (tulang oracle) & kulit kura-kura dijumpai di Anyang
Tulang oracle - untuk meramal ssesuatu keadaan
 -golongan bomoh yg terlibat dalam upacara penilikan meletakkan tulang ini atas unggun api sehingga timbul rekahan & rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian

6) Sistem Tulisan

-muncul drpd amalan penilikan tulang oracle (rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan ideaa masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan)
-berbentuk ideogram (tulisan berbentuk simbol)
-tulisan asal ini kebanyakkan mempunyai gambar ( kanak-kanak, bulan, matahari, & sungai)

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

1) Politik

-sistem pemerintahan monarki - diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching (hanya gelaran raja tukar kepada          maharaja)
-konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitan dengan raja (maharaja)
-amalan putaran dinasti diteruskan oleh Dinasti Ching hingga abad ke-20

2) Ekonomi

-Sejak Dinasti Shang, pembangunan pertanian diberi perhatian oleh pemimpin China
-terusan dibina untuk -mengairkan kawasan pertanian 
                                -mengelakkan berlakunya banjir
-sistem pengairan ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih-Huang-Ti ke kawasan barat daya China
[sebuah terusan telah dibina Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersehbut]
-kemajuan dalam teknologi pembajakan & penciptaan cangkul dan sabit
-petani China -menggunakan batas untuk tujuan penanaman
                     - mula menggantikan alat pertanian yang dibuat drpd kayu dengan yang dibuat drpd besi

3) Sistem Tulisan

-sistem tulisan China (ideogram) berkembang secara evolusi
 -digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan percetakan
- diajar di sekolah di China
- berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea & Jepun

4) Kepercayaan

-kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa
-unsur korban manusia tidak lagi diamalkan & digantikan dengan unsur makanan, duit kertas & barangan perhiasan
-Konsep Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) & Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini
* orang China mempercayai Yin dan Yang ialah dua unsur penting dalam alam semesta dan kejadiannya serta perlu salling melengkapi
*Feng Hsui - falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar (terutama hubungan harmoni dengan alam sekitar)

5) Sistem Kalendar

-semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkanalkan  (terdapat 30 hari dalam sebulan & 360 hari dalam setahun)
-kalendar digunakan oleh raja untuk menentukan musim menanam & musim menuai
-amalan sistem kalendar turut digunakan untuk menjalankan aktiviti harian ( uparaca pekahwinan, pemburuan/pengkebumian)

6) Falsafah Perang Sun Tzu

-Karya Sun Tzu, The Art of War - membicarakan selok-belok perang& cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa pada hari ini
-Falsafah ini diaplikasi sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini



                         

No comments:

Post a Comment