Wednesday, 5 June 2013

Tamadun Mesir Purba


a) Di manakah lokasi tamadun Mesir Purba ?
1.Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut 
   Mediterranean .
2.Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia 
   dan sg Nil putih dari Uganda .
3.Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan 
   petempatan .

b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku?
1.Bermula daripada zaman Neolitik .
2.Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian 
   pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3.Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman 
   awal , zaman pertengahan , empayar , dan 
   keruntuhan .
4.Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang 
   asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , 
  Yunani dan Rom.

c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba.
1.Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia 
   zaman Gangsa .
2.Alat logam membantu mereka membina parit dan 
   pengairan .
3.Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan 
   pertempatan 
4.Beberapa kampung kemudian membentuk 
   Bandar dan seterusnya daerah .
5.Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan 
   salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes 
   membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .

d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 
1. Pusat pentadbiran Firaun :
 Firaun Menes menyatukan semua daerah di 
   bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes 
  , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat 
  pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .

2. Organisasi masyarakat.
Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak , 
  dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . 
  Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja 
  Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu 
  Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik 
  tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan 
  jurutulis .
Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan .
Hamba (bawah sekali).

3. Sistem pemerintahan :
Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh 
  bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, 
  menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil 
  makanan .
Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, 
  penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis  
  (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod 
  kerajaan).
Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun 
  Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian 
  dan terusan.
Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, 
  Lubnan, hingga ke Syria.

4.Pengkhususan kerja :
Contohnya menenun, membuat tembikar, 
  melombong emas di Nubia.
Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal 
  dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh 
  di pelabuhan Thebes, Memphis.

5.Konsep politeisme dalam agama
Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti 
  Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
Mereka percaya hidup selepas mati – mayat 
  disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan 
  hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang 
  disertakan mengikut status mayat.

6. Sistem tulisan
Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol 
  yang berdasarkan bunyi.
Tulisan digunakan untuk mencatat rekod 
  pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan 
  keagamaan.

e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba?

1. Seni bina
Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, 
  ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan 
  penasihat firaun ).
Imhotep membina bangunan menggunakan batu- 
  bata.

2. Kertas :
 Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
 Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah 
   bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu 
   bata.

3. Tulisan :
 Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
 Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

4. Pendidikan :
 Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan 
   diberikan sejak umur rendah.
 Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh 
   kerajaan.
 Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan 
   khasnya jurutulis terlatih.

5. Ilmu perubatan :
 Pengamal perubatan diberi status tinggi dan 
   berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
 Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait 
   dengan kepercayaan orang Mesir.
 Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.

6. Ilmu Matematik :
 Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan 
   pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, 
   bangunan dan pyramid.
 Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal 
   banjir .
 Pengetahuan matematik dan sains berjaya 
   menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian 
   hasil kemajuan pengairan .
 Ilmu matematik dan astronomi turut membantu 
   orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 
   bulan setahun .


No comments:

Post a Comment