Sunday 9 June 2013

Rumusan

Rumusan
Wujud kesamaan dari segi proses pembentukan 4 tamdan awal. Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan prasejarah akhir, iaitu daripada perkampungan lahirliah bandar dna negara kota. Kegiatan ekonomi berkembang dan pertanbahan penduduk berlaku dalam negara kota. Kepelbagain kegiatan ekonomi ini membawa kepada pengkhususan kerja dan keperlua infrastuktur. Kesemua ini telah menyebabkan sistem pemerintahan berubah menjadi lebih kompleks.

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho

Lokasi 

-terletak di Lembah Sungai Hwang Ho/ Sungai Kuning
-Hwang Ho : sungai kedua terpanjang di China(5654 km)
                   : terletak di bahagian utara negara China
                   : megalir dr kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur
-jauh dari tamadun lain
-ciri fizikal bergunung-ganang & berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat

Kerangka Masa

-kemunculan tamadun dapat dikesan drpd jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M. (membukti adanya kehidupan zaman Paleolitik)
-Zaman Neolitik wujud sekitar 5000 S.M. (muncul aktiviti pertanian & penternakan)
-Dinasti beraja pertama : Dinasti Hsia (2205-1766 S.M. ) -belum ada bukti sejarah mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia 
 -Dinasti Shang (1766-1050 S.M.) dibukti wujud melalui jumpaan arkeologi
-pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang, muncul kebangkitan hamba (krn kezaliman pemerintahan Raja Shang) lalu memberi peluang kpd suku Chou (mendiami Lembah Sungai Wei di bahagian barat) dan menjadi Dinasti Chou (1050-256 S.M. )

* D.Hsia ---> D.Shang ---> D.Chou

Proses Pembentukan

-keadaan subur kawasan sekitar Hwang Ho menarik penduduk nomad hidup menetap & membina petempatan awal
-mereka bertani, mengumpul hasil hutan, menternak binatang, dan berburu
-Tapak Bampo yang berdekatan dengan bandar Sian moden : petempatan awal penduduk Hwang Ho
-Bandar Hwang Ho- Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang)
- pembentukan Dinasti Shang banyak membawa kemajuan ( usaha dalam perluasan wilayah &penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho)
-Semasa Dinasti Chou, tamadun Hwang Ho tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

Ciri-Ciri

1) Negara kota

-Anyang : terletak di kawasan tanah tinggi di Sg. Huan
              : terdapat istana, kuil, & pusat pentadbiran
              : merupakan tempat kediaman raja (ketua pemeintah), golongan pembesar, & golongan
                agama
              : dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
              : dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani

2) Organisasi Sosial

-Raja &pembesar memduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
-golongan petani- membentuk sebahagian besar penduduk
                         - mendiami kawasan di luar bandar
-golongan artisan- wujud sebahagian besarnya [sebab : kemahiran yg muncul dalam Dinasti Shang -penguasaan dalam teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai & hiasan pd kereta kuda (tentera), & peralatan utk upacara keagamaan]
-golongan pembesar -mampu memilik tentera dan senjata gangsa sahaja
                                -dapat menundukkan golongan bawahan
-golongan hamba-golongan paling bawah

3) Pengkhususan Pekerjaan

-golongan pembesar mempunyai tentera
-dua kumpulan tentera : tentera menggunakan kereta kuda
                                   : tentera berjalan kaki
-golongan petani - tonggak ekonomi & pentadbiran 
                          - berperanan memenuhi keperluan golongan teratas
-golongan artisan- mereka cipta pelbagai barangan tembaga (bekas minunman & makanan, senjata, barangan tembikar)
-golongan hamba- sebagai tentera paksaan 
                          - membantu kerja-kerja perburuhan
                          - tujuan korban dalam upacara pemyembahan

4) Sistem Pemerintahan

Dinasti Shang
-berbentuk pemerintahan beraja & pengganti raja dilantik drpd kalangan saudara lelaki yg lebih muda /anak lelaki raja
-Raja -mempunyai kewibawaan politik, ekonomji, sosial & agama
          -berkuasa langsung di pusat pentadbiran
          -dibantu oleh golongan bangsawan & pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran
-Kuasa raja dipercayai merupakan mandat drpd Tuhan & tidak memerlukan pengesahan politik ( raja adalah drpd keturunan pemerintah agama)
-Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan & rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan direstui Tuhan
-Jika sebaliknya berlaku, maka mandat akan hilang
-golongan bangsawan -membantu dalam pentadbiran wilayah di luar pusat pentadbiran
                                  -berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal (pungutan
 cukai pertahanan & undang-undang)

Dinasti Chou
-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini
-Pembesar wilayah diikat oleh ikar taat setia & memberikan hadiah (kereta kuda, senjata gangsa, hamba & binatang) kpd pemerintah Chou
-pembesar diminta melindungi raja & memberikan bantuan tentera pada masa perang & diberikan hak utk bertindak sebagai ketua agama (menjalankan upacara pengorbanan)

5) Agama dan kepercayaan

-animisme & politeisme
-masyarakat Shang menyembah - roh nenek moyang
                                                 - Tuhan syurga (Shang-ti) 
                                                 - Tuhan bumi (Tu)
                                                 - penyembahan sungai, bukit & gunung
-upacara pemyembahan melibatkan permainan muzik, tarian & upacara korban
-upacara diketuai oleh golongan bomoh
-Tulang binatang (tulang oracle) & kulit kura-kura dijumpai di Anyang
Tulang oracle - untuk meramal ssesuatu keadaan
 -golongan bomoh yg terlibat dalam upacara penilikan meletakkan tulang ini atas unggun api sehingga timbul rekahan & rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian

6) Sistem Tulisan

-muncul drpd amalan penilikan tulang oracle (rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan ideaa masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan)
-berbentuk ideogram (tulisan berbentuk simbol)
-tulisan asal ini kebanyakkan mempunyai gambar ( kanak-kanak, bulan, matahari, & sungai)

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

1) Politik

-sistem pemerintahan monarki - diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching (hanya gelaran raja tukar kepada          maharaja)
-konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitan dengan raja (maharaja)
-amalan putaran dinasti diteruskan oleh Dinasti Ching hingga abad ke-20

2) Ekonomi

-Sejak Dinasti Shang, pembangunan pertanian diberi perhatian oleh pemimpin China
-terusan dibina untuk -mengairkan kawasan pertanian 
                                -mengelakkan berlakunya banjir
-sistem pengairan ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih-Huang-Ti ke kawasan barat daya China
[sebuah terusan telah dibina Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersehbut]
-kemajuan dalam teknologi pembajakan & penciptaan cangkul dan sabit
-petani China -menggunakan batas untuk tujuan penanaman
                     - mula menggantikan alat pertanian yang dibuat drpd kayu dengan yang dibuat drpd besi

3) Sistem Tulisan

-sistem tulisan China (ideogram) berkembang secara evolusi
 -digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan percetakan
- diajar di sekolah di China
- berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea & Jepun

4) Kepercayaan

-kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa
-unsur korban manusia tidak lagi diamalkan & digantikan dengan unsur makanan, duit kertas & barangan perhiasan
-Konsep Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) & Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini
* orang China mempercayai Yin dan Yang ialah dua unsur penting dalam alam semesta dan kejadiannya serta perlu salling melengkapi
*Feng Hsui - falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar (terutama hubungan harmoni dengan alam sekitar)

5) Sistem Kalendar

-semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkanalkan  (terdapat 30 hari dalam sebulan & 360 hari dalam setahun)
-kalendar digunakan oleh raja untuk menentukan musim menanam & musim menuai
-amalan sistem kalendar turut digunakan untuk menjalankan aktiviti harian ( uparaca pekahwinan, pemburuan/pengkebumian)

6) Falsafah Perang Sun Tzu

-Karya Sun Tzu, The Art of War - membicarakan selok-belok perang& cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa pada hari ini
-Falsafah ini diaplikasi sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini



                         

Tamadun Indus

Tamadun Indus

Lokasi

-tamadun yang terawal di India
-terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus
-dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini.
-terletak di bahagian barat laut India


Kerangka masa

-muncul pada sekitar tahun 2500 S.M.
-merosot pada tahun 1800 S.M.
-faktor merosot- tamadun Indus dierang oleh orang Aryan
                        - bencana alam (banjir, kemarau, & gempa bumi)


Proses Pembentukan 

-penduduk hidup di bahagian barat laut India -secara nomad (berpindah- randah)
                                                                    -menyara diri dgn memburu & mengumpul makanan
                                                                    -kemudian telah membentuk petempatan kekal di
                                                                     sepanjangan Sg Indus (mempunyai tanah subur &
                                                                     sumber air)
-kepandaian penduduk meningkatkan penghasilan pertanian yang  membawa kpd pertambahan penduduk (faktor ini memgembangkan bandar)
 -dua bandar utama yg terbentuk di Lembah Indus -Mohenjo-Daro
                                                                             -Harappa
 - bandar pelabuhan - Lothal
                               - Sutkagen Dor

Ciri-Ciri

1)Petempatan Kekal

-pembentukan bandar terancang -terbahagi kepada 2 bahagian
                                                  -dikelilingi oleh tembok
-bahagian utama -pusat pentadbiran & keagamaan (tempat bangunan pentadbiran, tempat mandi           awam utk upaca ritual dan pambersihan, & tempat penyimpanan hasil pertanian)
-bahagian kedua -kawasan perumahan
-Bandar dirancang dgn rapi terutama dr sudut susun atur yg sistematik
(Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri & pembinaan, serta sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba)
-Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dgn setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yg lurus & bersambung atr satu sama lain
-Setiap bandar mempunyai kumbahan yg terancang
-Jalan perhubungan bandar -jalan raya
                                          -sungai

 


2) Organisasi Sosiol

-masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan- golongan atasan ( pendeta &
                                                                                                pedagang)
                                                                                            - golongan bawahan (petani, buruh &
                                                                                                hamba)
-pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat (kegiatan keagamaan)
-golongan bawahan memberikan ketaatan kpd golongan pendeta ats dasar keagamaan
(tiada bukti tentang kewujudan raja)
-petani menjalankan aktiviti pertanian & memyalurkan sebahagian drpd hasil kepada pihak berkuasa
-golongan buruh menjalankan kerja pemburuhan (menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng & membina terusan)



3) Pengkhususan pekerjaan

-kegiatan ekonomi - pedagangan
                             - pertukangan
                             - pembuatan
-aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar - Mesopotamia (terbukti melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia)
-Hasil perdagangan : emas
                              : gading gajah
                              : manik
                              : hasil pertanian
*cap mohor: dibuat drpd batu lembut yg diukir dan dipanaskan.
                  : berbentuk empat segi bujur
                  : dikatakan sebagai lambang pengenalan diri seseorang / sekumpulan pedagang
-penanaman- makanan (barli, kacang)
-artisan- pembinaan & penghasilan barangan logam & barangan tembikar

4) Agama

-bukti -penemuan patung dan ukiran yg mempunyai unsur keagamaan
-Patung proto-Siva : menunjukkan seseorang duduk bersila dgn stail yoga & terdapat tiga tanduk di kepalanya (melambangkan Dewa Brahma, Vishnu & Siva)
                               - penting terutama dr sudut perkaitannya dgn agama Hindu
-masyarakat Indus mempercayai Tuhan Ibu
-dipercayai telah diwarisi drpd kebudayaan yg lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam masyarakat di Mesopotamia, Asia kecil, Syria & Palestin

*Tuhan Ibu: kepercayaan terhadap dibuktikan dgn penemuan patung wanita
                 : disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan

5) Sistem tulisan 

-tulisan berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan


Sumbangan Tamadun Indus

1) Perancangan Bandar

-Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
-gabungan kepakaran tentang ilmu geometri, kesenian, pembinaan & matematik
-pemahaman geometri hasil drpd pertembungan Tamadun Indus dgn Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun bentuk segi empat yg diikuti oleh jalan raya yg lurus
-mempunyai bahan binaan bermutu (tidak hanya bergantung pada panas matahari utk membuat batu bata drpd tanah liat tetapi melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi)

2) Sifat keterbukaan

-berhubung dengan Tamadun lain (Mesopotamia & Mesir Purba) membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat dalam pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan





Wednesday 5 June 2013

Tamadun Mesir Purba


a) Di manakah lokasi tamadun Mesir Purba ?
1.Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut 
   Mediterranean .
2.Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia 
   dan sg Nil putih dari Uganda .
3.Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan 
   petempatan .

b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku?
1.Bermula daripada zaman Neolitik .
2.Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian 
   pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3.Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman 
   awal , zaman pertengahan , empayar , dan 
   keruntuhan .
4.Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang 
   asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , 
  Yunani dan Rom.

c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba.
1.Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia 
   zaman Gangsa .
2.Alat logam membantu mereka membina parit dan 
   pengairan .
3.Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan 
   pertempatan 
4.Beberapa kampung kemudian membentuk 
   Bandar dan seterusnya daerah .
5.Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan 
   salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes 
   membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .

d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 
1. Pusat pentadbiran Firaun :
 Firaun Menes menyatukan semua daerah di 
   bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes 
  , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat 
  pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .

2. Organisasi masyarakat.
Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak , 
  dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . 
  Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja 
  Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu 
  Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik 
  tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan 
  jurutulis .
Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan .
Hamba (bawah sekali).

3. Sistem pemerintahan :
Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh 
  bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, 
  menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil 
  makanan .
Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, 
  penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis  
  (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod 
  kerajaan).
Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun 
  Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian 
  dan terusan.
Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, 
  Lubnan, hingga ke Syria.

4.Pengkhususan kerja :
Contohnya menenun, membuat tembikar, 
  melombong emas di Nubia.
Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal 
  dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh 
  di pelabuhan Thebes, Memphis.

5.Konsep politeisme dalam agama
Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti 
  Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
Mereka percaya hidup selepas mati – mayat 
  disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan 
  hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang 
  disertakan mengikut status mayat.

6. Sistem tulisan
Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol 
  yang berdasarkan bunyi.
Tulisan digunakan untuk mencatat rekod 
  pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan 
  keagamaan.

e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba?

1. Seni bina
Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, 
  ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan 
  penasihat firaun ).
Imhotep membina bangunan menggunakan batu- 
  bata.

2. Kertas :
 Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
 Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah 
   bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu 
   bata.

3. Tulisan :
 Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
 Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

4. Pendidikan :
 Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan 
   diberikan sejak umur rendah.
 Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh 
   kerajaan.
 Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan 
   khasnya jurutulis terlatih.

5. Ilmu perubatan :
 Pengamal perubatan diberi status tinggi dan 
   berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
 Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait 
   dengan kepercayaan orang Mesir.
 Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.

6. Ilmu Matematik :
 Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan 
   pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, 
   bangunan dan pyramid.
 Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal 
   banjir .
 Pengetahuan matematik dan sains berjaya 
   menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian 
   hasil kemajuan pengairan .
 Ilmu matematik dan astronomi turut membantu 
   orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 
   bulan setahun .


Tamadun Mesopotamia


(a) Di manakah lokasi tamadun Mesopotamia?
1. Tamadun paling awal.
2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna 
    tanah di antara dua sungai.
3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang 
    mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq 
    hingga ke Teluk Parsi.
4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, 
    dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Parsi 
    di selatan.

b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku?
1. Bermula daripada zaman Neolitik.
2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur,   
    Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan 
    orang Mesopotamia.

(c) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar 
    Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ 
    membina petempatan, bertani dan membina 
    pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan 
    dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar 
    seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di 
    sepanjang sungai dan terusan.

d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia.

1. Negara Kota :
 Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, 
   tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
 Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu 
   gerbang.
 Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah 
   ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
• Pusat kota – ialah rumah ibadat.
• Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
 Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan 
    negara kota.

2. Organisasi sosial :
 Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
 Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , 
   ketua tentera , dan bangsawan .
 Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti 
   petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan 
   perang ) .

3. Ilmu pengetahuan :
Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan 
  ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu 
  matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan 
  bahagi .
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan 
  jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan system solar (12 
  bulan satu tahun ).
Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera 
  menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan 
  dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan 
  cara mengubatinya telah dicatatkan .

4. Pengangkutan :
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan 
  ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air 
  untuk pertanian dan mengawal banjir .
Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan 
  mereka dengan wilayah di India dan Laut 
  Mediterranean .

5. Seni bina :
 Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
• Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes 
 Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .

6. Empayar pertama dunia :
Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar 
  pertama dunia )yang menyatukan wilayah –
  wilayah kerajaan Sumeria .
Beliau juga membentuk masyarakat berestika .

7. Perpustakaan diraja :
Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .

Friday 31 May 2013

Ciri-ciri tamadun


1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan 
    pemikiran dan rohaniah manusia.

2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, 
    bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian 
    dan penternakan, menyimpan makanan dan 
    mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi 
    pengairan dan lebihan makanan yang menampung 
    pertambahan penduduk.

3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, 
    ekonomi dan politik. Hidup mereka
    stabil dan makmur, bermula dengan sistem   
    keluarga kemudian menjadi kompleks kerana 
    penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. 
    Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan 
   diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti 
   ahli agama, ketua keluarga/kelompok, 
   pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa 
   seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba 
   (bawah sekali).

4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan 
    pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis 
    dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta 
    untuk keamanan dan kemakmuran.

5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan 
    kestabilan politik. Barang terhasil kerana 
    kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku 
    system barter, kemudian berlaku perdagangan, 
    pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya 
    dan hubungan dengan tamadun luar.

6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan 
    kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa 
    ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka 
    menyembah pokok dan matahari. Kemudian 
    mereka beragama, bermula dengan menyembah 
    lebih dari satu tuhan (politeisme).

7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti 
    heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan 
    bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan 
    ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, 
    keagamaan, idea dan pemikiran.


Pengertian tamadun


a) Apakah makna tamadun.

1. Tamadun bererti peradaban.

2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab   
    contohnya mudun, madain dan madana. 
    Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan 
    pembukaan bandar’.

3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) 
    daripada perkataan Greek iaitu civitas 
    bermaksud bandar.

4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan 
    lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang 
    dan pembandaran.

5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.

6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan 
    rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan 
    tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah 
    ialah Richard Sullivan.

Pengenalan


~  Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih 
      belum mengenali sistem tulisan.

~  Kajian terhadapnya dijalankan oleh ahli arkeologi 
      iaitu  satu kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak
      dan feature secara sistematik melalui proses gali cari.

~ Terdapat empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah.
     . Zaman Paleolitik 
     . Zaman Mesolitik
     . Zaman Neolitik
     . Zaman Logam (Zaman Gangsa dan Besi)

Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik
a) hidup secara nomad, iaitu berpindah randah
b) tinggal di tepi tasik, tepi sungai atau di dalam gua.
c) hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
d) menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu 
       binatang dan menangkap ikan.
e) alat-alat batu mengutamakan fungsi daripada nilai estetika
       atau seni.


kapak batu Zaman Paleolitik
Zaman Neolitik
a) hidup menetap dalam kelompok yang besar.
b) menyara diri dengan bercucuk tanam dan menternak
        binatang.
c) penciptaan alat batu yang telah dilicinkan, mempunyai 
       pelbagai fungsi dan juga bahan tembikar.
d) kehidupan bermasyarakat mewujudkan pembahagian 
        tugas atau pengkhususan kerja.
e) kehidupan  menetap dan keupayaan menghasilkan bahan 
       makanan  melebihi keperluan telah melahirkan sistem 
       pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter.
#   Selain sistem barter, pertukaran barang dagangan juga
       melibatkan  cangkerang siput gerus atau cowrie sebagai
        nilai dagangan.


cangkerang siput gerus atau cowrie ini diikat antara
satu sama lain sehingga berbentuk seperti rantai
supaya mudah dibawa ke mana-mana.


Zaman Logam
a) kejayaan mencipta dan menghasilkan bahan daripada logam
       telah melahirkan Zaman Logam
b) berjaya mereka cipta perahu dan rumah.
c) dengan perahu mereka dapat menerokai lautan dan 
        meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
d) perdagangan ini bermula di kalangan masyarakat pesisir di 
        kawasan yang berdekatan dan kemudian berkembang ke 
        masyarakat yang jauh.
e) di sesetengah kawasan telah muncul petempatan besar dan kota
       pertahanan yang kemudiannya berkembang menjadi bandar
       atau kota.
#   Contohnya 2 buah bandar purba iaitu Jericho di Jordan dan 
       Catal Huyuk di Turki.
      ( manusia telah tahu cara mengebumikan mayat dengan iringan
          bekal kubur seperti tembikar makanan, alatan besi.)